Sunday, October 24, 2021

Maulidur Rasul

 Sambutan Maulidur Rasul

Manhaj Rabbani,Ummah Berkualiti


Tanggal 12 Rabiualawl dalam bulan Hijrah Islam merupakan tarikh keramat dalam sejarah umat Islam terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.Tema sambutan maulidur rasul pada tahun adalah Manhaj Rabbani,Ummah Berkualiti. 

Antara program yang diadakan sempena maulidur  rasul di SKKB secara maya  ialah pertandingan mewarna, busana muslimah,pertandingan mencipta sajak Maulidur Rasul,Pertandingan Poster Semarak Cinta Rasul , Kuiz Ibrah Khutbah Terakhir dan Pertandingan Selawat Qasidah dan ceramah Maulidur Rasul dan cabutan bertuah. Disertakan link youtube untuk majlis tersebut secara maya     https://youtu.be/_66N4rRYmMU















 





Operasi Tinjauan Sekolah 2021

 Operasi Tinjauan Sekolah 2021


Pada 21.10.21, Nazir Kanan, Jemaah Nazir Negeri Sarawak iaitu En. Jeffery bin Zen telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kampung Baru .Lawatan adalah berkaitan dengan pemantauan operasi semula sekolah .Beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga SKKB kerana telah bekerjasama dalam menjadikan persekitaran sekolah bersih,selamat dan kondusif untuk operasi bersemuka.






Sunday, March 21, 2021

Covid19


 


Doa Selamat dari wabak 




Semoga kita dijauhkan dari wabak penyakit Covid19.
#kitajagakita
#penjarakkansosial



Monday, March 15, 2021

Israk dan Mikraj

Program Israk dan Mikraj secara maya .

 Israk dan Mikraj (Jawi: اسراء دان معراج) Muhammad terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Israk bermaksud Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini manakala Mikraj bermaksud perjalanan Baginda dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rakaat di beberapa tempat persinggahan seperti di MadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi AdamNabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah bagi Muhammad yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Muhammad sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada Muhammad.

Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.














Sunday, March 14, 2021

Lawatan Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah

Lawatan Pembukaan Semula Sekolah 

Pembukaan sekolah pada 8.03.2021 telah dipantau oleh Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan iaitu Sapawi bin Mahdi.Beliau memberi kata - kata yang penuh semangat untuk murid -  murid dalam menempuh norma baharu di sekolah. Semoga apa yang beliau sampaikan memberi manfaat kepada murid- murid SK Kampung Baru .





Pembukaan Sekolah 8 Mac 2021

                                                Pembukaan Semula Sekolah 


Pembukaan Semula Sekolah Daerah Samarahan telah dijadualkan pada 8.April 2021 di seluruh Sarawak kecuali kawasan Zon Merah. Pembukaan sekolah pada hari tersebut berjalan dengan lancar mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan. Semoga negara kita dijauhi dengan wabak tersebut dan dunia kembali seperti sediakala.

#baiksemula

#kitajagakita

#covid19



























Tuesday, November 3, 2020

Program Sambutan Maulidur Rasul secara maya

 Maulidur Rasul - Kelahiran Pesuruh Allah 

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahuwataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


*Sumber asal wikipedia












Thursday, October 1, 2020

Majlis Persaraan Pn Anni Osman


Majlis Persaraan Guru 

 Pada 17 September 2020 telah diadakan satu majlis kecil bagi meraikan persaraan Pn. Anni bte Osman. Pn Anni Osman telah mengajar di SKKB selama 17 tahun dan merupakan seorang guru yang berdedikasi dalam menjalankan tugas. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah, beliau amat disegani dan dihormati anak murid.


SELAMAT BERSARA PN ANNI.




Monday, September 21, 2020

Lawatan Pembukaan Sekolah oleh Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran Dr Les ak Met Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak



Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar kita sebagai rakyat Malaysia kerana Pandemik Covid 19.
Ia merupakan satu situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pada 15 Julai 2020, murid Tahun 5 & 6 akan kembali ke sekolah. Pembukaan semula sekolah bagi semua muird berjalan dengan lancar dan anak - anak dapat bersekolah dalam keadaan yang selamat.

Situasi semasa Pembukaan Sekolah SK Kampung Baru










Monday, July 6, 2020

Lawatan Persediaan Pembukaan Sekolah Pasca Covid-19

Lawatan Persediaan Pembukaan Sekolah Pasca Covid-19 

Pada 19 Jun yang lepas, 2 orang Pegawai Pemantau dari PPD Samarahan iaitu En.Sulainan bin Sili dan En. Brown Sang ak Lagan telah hadir untuk memantau persediaan pembukaan sekolah pasca Covid-19. Berikut adalah gambar - gambar sekitar lawatan :