Thursday, December 13, 2018
LAGU SEKOLAH
INDAHNYA SEKOLAHKU
SEKOLAHKU...SK KAMPUNG BARU
INDAHNYA BAK TAMAN DI HATI
MENYEMAI ILMU DAN NILAI MURNI
UNTUK MENCAPAI MISI DAN VISI
SEKOLAHKU...OH INDAHNYA
BERSERI DENGAN PERSEKITARANNYA
OH... INDAH DENGAN TAMAN BUNGA
DIHARGAI DENGAN TAMAN SUCI
MARILAH KITA SEMAIKAN
RASA CINTA DAN KASIH SAYANG
USAHAKAN KECEMERLANGAN DENGAN KERAJINAN
IKRAR UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN
AMAL SIKAP YANG TERPUJI
MENJADI KEBANGGAAN SEMUA
BELAJAR MENDIDIK JADI IKATAN
GURU DISANJUNG IBU BAPA DISAYANG
MELAHIRKAN INSAN TERPUJI
SENARAI NAMA GURU DAN STAFF SOKONGAN
NAMA
|
JAWATAN
|
YAZIBAH BINTI DRAHMAN
|
GURU BESAR
|
BAKAR BIN BERAHIM
|
PENOLONG KANAN
|
RAMLEE BIN BASUNI
|
PENOLONG KANAN HEM
|
JOHARI BIN DRAHMAN
|
PENOLONG KANAN KK
|
AMIT BIN AHMAD
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
ANNI BT OSMAN
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
ASMAH BINTI BUJANG
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
AZELINE BINTI RAMLI
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
BASRI BIN HJ SIRAN
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
BASYARAIDIL BINTI HANRI
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
FATIMAH BT MAT
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
HAMIDAH BT TUAH
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
HILWANI BT AHMAD WAHAB
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
JAMADIL BIN ONDOT
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
JAMAYAH BINTI SEMINAN
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
JANE HUO LEE LING
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
JOHAN BIN GOHET
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
JOHNNY BIN JOHEN
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
KAMARUDIN BIN DRAHMAN
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
MARY AK DAVID
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
NADZIAH BINTI SHARKAWI
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
NOOR AZIZAH BT HOSSEN
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
NOORLIZA BT BAHARIN
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
NORHAJEJAH BT BUJANG
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
NORIAH BT JAINUDIN
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
NUR EZZATI BT MOHAMAD SHAADI
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
NUR IZZATI BT ABDULLAH
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
ROSNANI BT MASNI
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
SAIFULBAHRI BIN OMAR
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
SALOMA BT JUDIN
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
SEBLI BIN MENTARANG
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
SHARFALINA BINTI YAMAN
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
SITI SUGIWATI BT AMAT
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
SUTEH LAW
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
SUZILAWATI BT ANA
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
SYAHIR MUAAZAM BIN MARHAS
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
UMMU FASIHAH HUSNA BT ZAMRI
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
WAN DAUD BIN WAN HASSAN
|
GURU AKADEMIK BIASA
|
SANISAH BT MERAIS
|
PEMBANTU TADBIR
|
NOORIRMA BT KARIA
|
PEMBANTU PERNGURUSAN MURID
|
NORAIDA BT ARISMA
|
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
|
DAYANG MELISSA BT AWANG UMAR
|
PEN.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
|
HAMZAH BIN JEBOH
|
PEMBANTU OPERASI
|
SENARAI GURU BESAR SK KAMPUNG BARU,SAMARAHAN
1953 - 1969
ENCIK KUDUS BIN KAWI
1970 - 1972
ENCIK KAMAL BIN ALI
1973 - 1978
ENCIK ISMUNI BIN JUNAIDI
1979 - 1981
ENCIK KAMIL BIN HJ UNI
1982 - 1987
ENCIK MUHIDDEN BIN MAT ALI
1987 - 1997
ENCIK SARBINI BIN TINGGAL
1998 - MAC 2005
ENCIK ROSLE HJ. JUHARI
APRIL 2005 - 2007
ENCIK MOHD REDUAN
2008 - 31 DISEMBER 2011
ENCIK ABDUL LATAP BIN HJ ARBI
1 JANUARI 2012 - 25 JUN 2014
ENCIK EKHWAN BIN JABNI
2014 - 2016
ENCIK ISMAIL BIN BUJANG
2016 - 2018
ENCIK AHED BIN KALOK
2018 - SEKARANG
PUAN YAZIBAH BINTI DRAHMAN
SEJARAH PEMBINAAN SEKOLAH
SEJARAH PEMBINAAN SEKOLAHSK KAMPUNG BARU, SAMARAHAN
Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Kota Samarahan, Sarawak (YBA8108) merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam Kampung Baru, iaitu sebuah perkampungan kaum Melayu yang boleh dikatakan terbesar di daerah Kota Samarahan. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1953. Sekolah ini telah wujud sejak 61 tahun yang lalu. Sekolah pertama ini telah dinamakan "Haji Mat School" yang mana pembinaannya dibuat secara bergotong royong. Menurut sejarah, sekolah ini dinamakan sedemikian rupa kerana mengambil sempena nama seorang penduduk Kampung Baru yang disegani dan dihormati, kuat dan berani.
Mengikut kisahnya, nama dan asal Kampung Baru dulu adalah Kampung Patung. Pada suatu masa, Kampung Patung telah dilanda sejenis penyakit serius.Ramai yang telah menjadi korban.Oleh yang demikian, Haji Mat telah mengarahkan supaya semua penduduk kampung pindah ke tempat baru. Hingga kini perpindahan baru ini digelar Kampung Baru.
Ditempat baru ini, Haji Mat telah menggalakkan penduduk kampung supaya mencari pengetahuan. Kata sepakat dicapai oleh penduduk kampung. Sebuah sekolah telah dibina secara persepakatan dan gotong royong.Untuk mengenang jasa dan keberanian beliau,penduduk kampung kemudian menamakan sebagai "Haji Mat School". Sekolah ini dibina atas Lot 1 Blok 59, Muara Tuang District. Sekarang tanah tersebut telah dipecahkan kepada Lot 6906 dan 6908 disebabkan parit telah dibina oleh pihak jabatan Pengairan dan Saliran (DID).
Pada tahun 1979, bermulalah satu era baru bagi kampung ini dimana sebuah sekolah baru dibina dengan pembiayaan oleh Bank Dunia.Bangunan yang dibina kesemuanya terdiri daripada bangunan kayu setingkat yang mengandungi 2 blok. Blok pertama mengandungi 4 buah kelas, sebuah pejabat Guru Besar dan Pejabat Am (berkongsi) manakala blok kedua pulak mengandungi 5 buah kelas. Pembinaan kedua-dua blok ini siap pada akhir tahun 1980. Selepas itu, semakin lama semakin berkembang. Jumlah enrolmen pula semakin bertambah dari tahun ke tahun. Namun begitu, pembinaan bangunan tambahan untuk menampung pertambahan ini agak perlahan. Hanya terdapat dua blok tambahan yang dibina. Itu pun dibina secara bergotong royong.
Kini usia sekolah ini menjangkau usia 61 tahun. Sekolah ini masih belum banyak menerima perubahan yang ketara dan drastik. Sehingga kini sekolah ini masih berwajah seperti dahulu. Walaupun pembaikan giat dijalankan , sekolah ini masih kehausan pembaharuan dan perubahan agar setanding dengan sekolah - sekolah yang didirikan sezaman dengannya. Alhamdulillah berkat usaha pemimpin - pemimpin maka terbina lagi satu blok 6 buah kelas yang baru diserahkan kepada pihak sekolah pada 13 Januari 2017.Semoga dengan pentambahan bilangan dapat memberi keselesaan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran anak - anak.
Wednesday, December 12, 2018
Definisi Logo Sekolah
Definisi Logo
Logo ini berteraskan satu bentuk GEOMETRI dengan berteraskan warna bendera Negeri Sarawak iaitu warna merah, hitam dan kuning. Disamping itu, logo ini juga diserikan dengan warna hijau dan putuh yang mempunyai makna tersendiri.
Warna Merah
Melambangkan keberanian, kegagahan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi sebarang cabaran atau rintangan.
Warna Kuning
Melambangkan warna diraja. Ini menunjukkan kita sentiasa meyanjung tinggi kedaulatan perlembagaan negara kita disamping kita mengaku taat setia di atas pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong seterusnya mewujudkan Intergrasi Nasional dalam negara kita.
Warna Hitam
Melambangkan perpaduan, persefahaman dan kata sepakat yang wujud antara semua guru dan murid sekolah ini.
Warna Hijau
Melambangkan agama islam yang menjadi agama rasmi negara kita. Warna hijau juga melambangkan kesegaran. Ini menunjukkan murid di sekolah ini sentiasa segar dan cergas dalam menghadapi pelajaran dan aktiviti - aktiviti laindi sekolah. Ia juga bermakna asas pendidikan berlandaskan islam.
Anak Tangga
(a) Ada enam anak tangga semuanya, walaupun satu anak tangga dilindungi oleh gambar buku. Lambang anak tangga ini adalah berteraskan rukun Iman yang keenam, yang menjadi nadi kepada para guru dalam mencurahkan ilmu kepada murid.Begitu juga murid, memanfaatkan rukun iman, rukun islam dan rukun negara semasa menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan.
(b) Anak tangga ini juga bermaksud era persekolahan bagi murid kerana ia bermula secara berperingkat iaitu dari peringkat bawah hingga ke tingkat yang lebih tinggi selagi mereka mampu
Padi
2 tangkai padi dengan 14 pasang buahnya melambangkan 13 negeri dalam Malaysia di bawah satu pentadbiran pusat yang mengamalkan demokrasi. Padi juga melambangkan makanan asasi masyarakat Malaysia iaitu beras.
Obor
Petunjuk, seandainya murid - murid belajar tanpa ada petunjuk yang meyinari ke arah yang lurus maka segala- galanya tiada berguna. Lambang ini juga melambangkan kejayaan dan murid di sekolah ini yang sentiasa menyanjung tinggi kedaulatan sukan dan sentiasa mahu bergerak maju ke dalam setiap bidang.
Buku
Ia bermaksud sumber ilmu yang utama ialah buku dan buku banyak memberi tekad dan harapan untuk maju. Kita juga meletakkan buku pada tahap tinggi yang setimpal dengan ilmu yang kita peroleh daripadanya.
Keseluruhan
Setelah semuanya digabungkan maka jadilah logo ini berasaskan kata - kata "CEKAL USAHA "
Visi & Misi Sekolah
VISI DAN MISI
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Objektif Sekolah :
1. Berusaha mewujudkan insan yang berprestasi cemerlang berteraskan "Matlamat Pendidikan Sekolah Bestari "
2. Menanamkan konsep kepimpinan yang berkualiti dalam kalangan murid supaya dapat menyumbang ke arah kemajuan dan keharmonian masyarakat dan Negara.
3. Mewujudkan individu yang berpegang teguh kepada ajaran agama.
4. Memupuk semangat perpaduan, penyayang dan cintakan sekolah pada warga sekolah.
MATLAMAT SEKOLAH
1. Mendapat sekurang - kurangnya gred purata sekolah dalam ujian pencapaian sekolah rendah
( UPSR )
2. Mendapat keputusan peperiksaan sekolah/ujian bulanan yang memberangsangkan.
3. Mempastikan murid- murid boleh menguasai kemahiran - kemahiran yang dipelajari sebaik sahaja telah tamat persekolahan rendah.
4. Mempastikan murid - murid boleh mengerjakan solat dan membaca al-quran sebaik sahaja tamat persekolahan rendah.
5. Mempastikan tahap pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai ke tahap yang maksimum.
6. Mempastikan murid - murid tahap satu boleh membaca Iqra' sebaik sahaja melangkah ke tahap dua.
Profil Sekolah
Nama Sekolah :
Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Samarahan
Alamat Sekolah :
Jalan Tan Sri Ikhwan Zaini Off Jalan Dato' Mohamad Musa, 94300 Kota Samarahan
Nama Asal Sekolah :
Sekolah Haji Mat ( Gotong Royong )
Tarikh ditubuhkan :
Tahun 1952 hingga tahun 1978
Tarikh ditukar nama :
Tahun 1979 ( dibawah bank dunia )
Kod Sekolah :
YBA8108
Emel :
skkbsam@gmail.com/yba8108@moe.edu.my
No.telefon :
082 - 375 795
Lokasi & Kategori :
Luar Bandar / (A)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
1953 - 1969 ENCIK KUDUS BIN KAWI 1970 - 1972 ENCIK KAMAL BIN ALI 1973 - 1978 ENCIK ISMUNI BIN JUNAIDI 1979 - 1981 EN...
-
SEJARAH PEMBINAAN SEKOLAH SK KAMPUNG BARU, SAMARAHAN Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Kota Samarahan, Sarawak (YBA81...