Majlis Perpisahan Pra sekolah Arif dan Bestari 2019 telah diadakan pada 20.11.2019. Majlis yang disambut secara sederhana tetapi meriah telah dihadiri para ibu bapa dan guru - guru.
Sunday, December 1, 2019
Majlis Perpisahan Puan Anah binti Bujang , Puan Mary ak David dan Puan Nor Azizah binti Hossen
Majlis Perpisahan Cikgu Anah, Cikgu Mary dan Ustazah Nor Azizah
Pada hari terakhir persekolahan, satu majlis perpisahan telah di adakan bagi meraikan 3 orang guru yang bakal berpindah dan bersara. Selamat bersara Puan Anah binti Bujang dan selamat berpindah ke sekolah baru buat Puan Mary ak David dan Puan Nor Azizah binti Hossen. Semoga berjaya di tempat baru.

Tuesday, November 26, 2019
Majlis Khatamal Al - Quran & Anugerah Kecemerlangan 2019
Pengenalan
Hari Anugerah Cemerlang merupakan agenda tahunan Sekolah Kebangsaan iaitu bagi menghargai murid - murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.
Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolakh dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai salah satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di samping itu, Hari Anugerah Cemerlang, juga sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.
Matlamat
Memberi penghargaan kepada murid - murid cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan.

- Memupuk emosi murid - murid agar berazam ingin maju, berlumba - lumba menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya.
- Membantu membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat positif
- Mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri, individu yang berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran.
Rasional
Thursday, October 31, 2019
Kem Bina Insan
Program Pendidikan Berasaskan Komuniti ( Kem Bina Insan )
Tarikh Program : 30 Oktober 2019
Tempat : Masjid Darul Naim
Kumpulan Sasaran : Pelajar Tahun 6 SK Kampung Baru
Objektif :
- Menanam sifat kepimpinan yang patut diteladani oleh murid - murid
- Membina jati diri agar dapat membangunkan agama, bangsa & Negara
- Melahirkan komuniti yang sihat
- Mengimarahkan masjid
1Murid 1Sukan
PENGENALAN
Nama Program : 1Murid 1Sukan
Tarikh : 30 Oktober 2019
MATLAMAT
Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk,
2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2.2 Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
OBJEKTIF
Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani.
3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum.
3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Wednesday, October 23, 2019
Taklimat #3A gurusejahtera
#3A gurusejahtera Sedar,Peka, Tindak
#3A gurusejahtera adalah program peningkatkan kesedaran psikologi guru. Tujuan program ini adalah untuk memberikan kesejahteraan kepada guru agar peka pada kesejahteraan psikologi mereka dan seterusnya bertindak sewajarnya melalui bantuan kaunselor organisasi dan guru bimbingan kaunseling sekiranya mereka mendapati diri mereka perlu dibantu Kementerian Pendidikan.
Program murid prasekolah bersama pelajar Unimas
Pada 23.10.2019 satu program iaitu Storytelling Program For Rural Students yang dianjurkan oleh pelajar Unimas berkalobrasi bersama Prasekolah SK Kampung Baru .
Objektif program :
Objektif program :
1. Mendedahkan pelajar luar bandar kepada dunia moden.
2, Untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan membina interaksi antara pencerita dan pendengar.
3. Untuk mengalakkan tahap kreativiti dan imaginasi
4. Untuk meningkatkan kecerdasan lisan kanak - kanak
Monday, October 21, 2019
Program Pasca UPSR
Setiap tahun Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Tahun 6 sekolah telah merangka dan menjalankan aktiviti - aktiviti untuk murid - murid Tahun Enam. Aktiviti - aktiviti yang dikelolakan saban tahun adalah wadah bagi mengisi masa yang berfaedah untuk murid- murid selepas mereka menjalani UPSR.Setiap aktviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid yang menepati Falsafah Pendidikan Negara. Dua pengisian besar yang dimurnikan dalam program tersebut iaitu melibatkan Aktiviti Dalaman dan Aktiviti Luaran.
Buku Skrap
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
1953 - 1969 ENCIK KUDUS BIN KAWI 1970 - 1972 ENCIK KAMAL BIN ALI 1973 - 1978 ENCIK ISMUNI BIN JUNAIDI 1979 - 1981 EN...
-
SEJARAH PEMBINAAN SEKOLAH SK KAMPUNG BARU, SAMARAHAN Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Kota Samarahan, Sarawak (YBA81...