Wednesday, January 23, 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bermula sudah tahun 2019, maka bermulalah aktiviti - aktiviti di SK Kampung Baru. Semoga tahun 2019, bakal membawa seribu kegembiraan dan semoga semua urusan persekolahan anak - anak SKKB dipermudahkan. YRA.

Aktiviti pertama yang diadakan adalah meraikan anak - anak tahun 1. Majlis penutupan diadakan pada 18 Januari 2019 yang dilakukan oleh Guru Besar SK Kampung Baru, Puan Yazibah bt Drahman. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian oleh murid - murid tahun 1. Di samping itu penyampaian hadiah bagi murid - murid yang mendapat cemerlang dalam matapelajaran.