Monday, February 25, 2019

Program Motivasi Sains dan Matematik Tahun 6




Program Motivasi Sains dan Matematik Tahun 6 telah diadakan oleh setiap panitia. Bermula pada hari Isnin, 25 Februari 2019 dan diadakan selama seminggu.















Kejohanan Olahraga Peringkat Bahagian Kali ke-16

Kejohanan Olahraga Peringkat Bahagian Kali ke-16 di Kompleks Asajaya. Sebanyak 9 zon yang turut serta dalam kejohanan ini. SKKB telah merangkul 2 emas dan 1 Perak. dalam acara lari berpagar  dan acara 100. Tahniah murid - murid SKKB!!!




Sunday, February 24, 2019

Gotong royong PIBG

Pada Sabtu yang lepas, 22 Februari 2019 satu aktiviti gotong royong telah diadakan di SK Kampung Baru anjuran bersama PIBG dan pihak sekolah. Aktiviti gotong royong telah bermula seawal 0800 pagi dan berkahir pada jam 1200 tengah hari.






Sunday, February 17, 2019

Program Jom Ke Sekolah


18 Februari 2019, Program " Jom Ke Sekolah" telah dianjurkan bersama oleh unit HEM dan Bimbingan dan Kaunseling dibawah seliaan PK HEM SK Kampung Baru.Program ini merupakan program kolabratif antara Kementerian Pendidkan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) dalam usaha menangani permasalahan displin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif 

1. Menyedarkan para murid tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada setiap masa.
2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang - undang serta tidak bermoral samada di dalam atau di luar sekolah
3. Menanam, menghayati dan mengamakan budaya positif  dalam kalangan menbentuk budaya pelajar yang mementingkan pengurusan masa yang berkesan.
4. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah
5.Memupuk minat murid - murid untuk hadir ke sekolah








Wednesday, February 13, 2019

Bantuan Awal Persekolahan 2019

Bantuan Awal Persekolahan 2019

Objektif

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM100 adalah untuk bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Syarat kriteria kelayakan terima Bantuan Awal Persekolahan 2019.

  • Murid warganegara Malaysia
  • Bersekolah di sekolah kerajaan ( SK ) dan Sekolah bantuan kerajaan ( SBK )
  • Murid Tahun 1 hingga Tahun 5 bagi sesi persekolahan tahun 2019
  • Murid dalam kalangan isi rumah berpendapatan isi bulanan RM3000 dan ke bawah


Semoga bantuan awal persekolahan yang telah di beri akan di manfaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa.

Sunday, February 10, 2019

Cuti - cuti Am Negeri Sarawak 2019





SELAMAT bERCUTI!!!




Bengkel Penyediaan Rekod Prestasi Murid Tahap 1

Pada 31 Januari yang lalu, satu bengkel telah diadaakan iaitu Bengkel Penyediaan Rekod Prestasi Murid Tahap 1. Bengkel ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan iaitu En. Bakar bin Berahim. Bengkel ini dihadiri oleh guru - guru tahap 1. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan pengurusan pentaksiran bilik darjah tahap 1. Bengkel berjalan dengan lancar dan guru - guru berasa amat bersemangat dengan penyampaian maklumat oleh PKK.


Panitia BM

Panitia Matematik


Panitia PAI & BA


Selamat Tahun Baru Cina 2019

" Gong Xi Fa Cai "
May Prosperity Be With You 

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada Ms Jane & Mr Johnny !

Semoga tahun baru kali ini membawa kegembiraan dan kejayaan yang berganda.