Thursday, March 12, 2020

Perbincangan dan aktiviti bersama PK dan Panitia Subjek Pelajaran

Skop Perbincangan dan Bimbingan
 Bersama PK2 dan semua panitia BI, BM, Math dan Sains 

Objektif aktiviti

  • Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran 
  • Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi - strategi mengajar yang inovatif supaya boleh mendorong  serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran 
  • Mewujudkan semangat bekerjasama di antara ahli Panitia.





Program Gotong Royong SK Kampung Baru

Program Gotong Royong SK Kampung Baru 2020

Tarikh : 08 Mac 2020
Masa   : 0700 - 1200 tengah hari
Tempat : Dewan Terbuka SK Kampung Baru

Antara aktiviti gotong - royong yang telah dijalankan adalah :


  • Mengatur gransten
  • Membaik pulih longkang
  • Menembok Padang 
  • Mengemas bilik pra baru 
Objektif program gotong royong 

  • Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.
  • Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
  • Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara ibu bapa, guru dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
  • Meningkatkan keprihatinan dan komitment warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan & keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan .
  • Mengembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.















Monday, March 2, 2020

Kem Bestari Solat


Kem Bestari Solat SK Kampung Baru 2020 

Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan scara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah

Objektif
  • Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  • Murid dapat mengetahui cara - cara menunaikan solat dari segi perlakuan.
  • Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar 
  • Murid dapat menunaikan solat secara individu & berjemaah dengan sempurna.












  • Semoga bermanfaat!