Sunday, October 24, 2021

Maulidur Rasul

 Sambutan Maulidur Rasul

Manhaj Rabbani,Ummah Berkualiti


Tanggal 12 Rabiualawl dalam bulan Hijrah Islam merupakan tarikh keramat dalam sejarah umat Islam terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.Tema sambutan maulidur rasul pada tahun adalah Manhaj Rabbani,Ummah Berkualiti. 

Antara program yang diadakan sempena maulidur  rasul di SKKB secara maya  ialah pertandingan mewarna, busana muslimah,pertandingan mencipta sajak Maulidur Rasul,Pertandingan Poster Semarak Cinta Rasul , Kuiz Ibrah Khutbah Terakhir dan Pertandingan Selawat Qasidah dan ceramah Maulidur Rasul dan cabutan bertuah. Disertakan link youtube untuk majlis tersebut secara maya     https://youtu.be/_66N4rRYmMU















 





Operasi Tinjauan Sekolah 2021

 Operasi Tinjauan Sekolah 2021


Pada 21.10.21, Nazir Kanan, Jemaah Nazir Negeri Sarawak iaitu En. Jeffery bin Zen telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kampung Baru .Lawatan adalah berkaitan dengan pemantauan operasi semula sekolah .Beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga SKKB kerana telah bekerjasama dalam menjadikan persekitaran sekolah bersih,selamat dan kondusif untuk operasi bersemuka.






Sunday, March 21, 2021

Covid19


 


Doa Selamat dari wabak 




Semoga kita dijauhkan dari wabak penyakit Covid19.
#kitajagakita
#penjarakkansosial



Monday, March 15, 2021

Israk dan Mikraj

Program Israk dan Mikraj secara maya .

 Israk dan Mikraj (Jawi: اسراء دان معراج) Muhammad terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Israk bermaksud Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini manakala Mikraj bermaksud perjalanan Baginda dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rakaat di beberapa tempat persinggahan seperti di MadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi AdamNabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah bagi Muhammad yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Muhammad sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada Muhammad.

Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.














Sunday, March 14, 2021

Lawatan Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah

Lawatan Pembukaan Semula Sekolah 

Pembukaan sekolah pada 8.03.2021 telah dipantau oleh Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan iaitu Sapawi bin Mahdi.Beliau memberi kata - kata yang penuh semangat untuk murid -  murid dalam menempuh norma baharu di sekolah. Semoga apa yang beliau sampaikan memberi manfaat kepada murid- murid SK Kampung Baru .





Pembukaan Sekolah 8 Mac 2021

                                                Pembukaan Semula Sekolah 


Pembukaan Semula Sekolah Daerah Samarahan telah dijadualkan pada 8.April 2021 di seluruh Sarawak kecuali kawasan Zon Merah. Pembukaan sekolah pada hari tersebut berjalan dengan lancar mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan. Semoga negara kita dijauhi dengan wabak tersebut dan dunia kembali seperti sediakala.

#baiksemula

#kitajagakita

#covid19