Sunday, October 24, 2021

Maulidur Rasul

 Sambutan Maulidur Rasul

Manhaj Rabbani,Ummah Berkualiti


Tanggal 12 Rabiualawl dalam bulan Hijrah Islam merupakan tarikh keramat dalam sejarah umat Islam terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.Tema sambutan maulidur rasul pada tahun adalah Manhaj Rabbani,Ummah Berkualiti. 

Antara program yang diadakan sempena maulidur  rasul di SKKB secara maya  ialah pertandingan mewarna, busana muslimah,pertandingan mencipta sajak Maulidur Rasul,Pertandingan Poster Semarak Cinta Rasul , Kuiz Ibrah Khutbah Terakhir dan Pertandingan Selawat Qasidah dan ceramah Maulidur Rasul dan cabutan bertuah. Disertakan link youtube untuk majlis tersebut secara maya     https://youtu.be/_66N4rRYmMU















 





Operasi Tinjauan Sekolah 2021

 Operasi Tinjauan Sekolah 2021


Pada 21.10.21, Nazir Kanan, Jemaah Nazir Negeri Sarawak iaitu En. Jeffery bin Zen telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kampung Baru .Lawatan adalah berkaitan dengan pemantauan operasi semula sekolah .Beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga SKKB kerana telah bekerjasama dalam menjadikan persekitaran sekolah bersih,selamat dan kondusif untuk operasi bersemuka.