Sunday, June 16, 2019

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Selamat hari guru kepada semua warga guru SK Kampung Baru 2019, tahniah guru - guru semua kerana berjaya mendidik anak - anak murid menjadi insan cemerlang.

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi




Program Bersama Abang Bomba

Pada 23 April 2019, satu program telah diadakan iaitu Program Keselamatan Bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Program ini dikendalikan oleh En.Mohamad Ismail bin Zulkifli dari Jabatan Bomba Samarahan.







Wednesday, April 24, 2019

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Tahniah kepada yang cemerlang!!!Semoga sentiasa cemerlang dan lebih cemerlang di masa akan datang. Tahniah PK Hem, Cikgu Ramlee bin Hj Basuni, Cikgu Siti Sugiwati bt Amat dan Puan Noraida Arisma. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Rubiah Binti Hj Wang.




Majlis Penyerahan Dewan & Tempat Letak Kereta

Pada 16 April 2019,majlis penyerahan dewan terbuka / tempat letak kereta telah diadakan.Majlis diadakan secara kecil - kecilan dan penyerahan di rasmikan oleh PK1 Bakar dan Puan Lee Pao Yin dr JKR Samarahan.





Wednesday, March 13, 2019

Mesyuarat Agung PIBG SKKB kali ke-21

Demi memenuhi tuntutan pendidikan yang semakin kompleks, penglibatan ibu - bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan perlulah diwujudkan secara terancang .Oleh itu, peranan PIBG amat diperlukan dalam usaha merealisikan kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam falsafah pendidikan negara.

Secara umumnya, objektif penubuhan PIBG adalah untuk :

- mewujudkan kesedaran tentang peranan PIBG kepada ibu bapa dan guru.
- Mewujudkan kesedaran tentang pemuafakatan PIBG dapat membantu ibu bapa 
- Mewujudkan kesedaran tentang peranan PIBG dapat membantu kecemerlangan anak- anak dalam pendidikan
- membantu pihak sekolah mencapai matlamat dan kecemerlangan dalam bidang :

i) Pendidikan
ii) Ko - kurikulum
iii) Bina insan / moral
iv) Displin 
v) Keceriaan Sekolah
vi) Keselamatan sekolah

Untuk Mencapai Objektif :

- Merancang aktiviti - aktiviti yang perlu ke arah mencapai objektif
- Melaksanakan aktiviti - aktiviti yang dirancang 

Mesyuarat Agung PIBG SK Kampung Baru yang ke - 21 


Bekas YDP PIBG SKKB 2018










CERAMAH DAN KUIZ PENDIDIKAN RABIES DAN HAND,FOOT AND MOUTH DISEASE ( HFMD )

HFMD 
Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi coxsakie virus ( cox ALB dan Enterovirus 71 ( EV 71 ). Penularan penyakit / virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur , lepuh, blister dan najis kanak - kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Sehubungan dengan itu kerjasama dari Klinik Kesihatan Kota Samarahan telah mengadakan ceramah berkaitan dengan HFMD pada Khamis ,07 Mac 2019.






Sunday, March 3, 2019

Program Ziarah Cakna 2019

Program ziarah cakna merupakan lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa. Pelaksanaan program telah diadakan pada 27 Februari 2019. Ziarah cakna ini bertujuan untuk membudayakan amalan ziarah guru ke rumah murid . Ia berkonsepkan guru sebagai seorang yang memilikki sifat kepedulian ( concern ) bertangggungjawab dan penyayang terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) menziarahi keluarga murid. Objektifnya adalah berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan anak - anak bersama ibu bapa penjaga.
Selain itu, objektifnya juga adalah untuk memahami latar belakang murid - murid serta berkongsi pandangan bagi meningkatkan kejayaan murid - murid.







Penetapan Target dan Motivasi UPSR 2019

Penetapan Target dan Motivasi UPSR 2019 ini telah di sampaikan oleh Puan Guru Besar sendiri iaitu Pn Yazibah bt Drahman. Semoga kata - kata semangat beliau memberi inspirasi dan dorongan buat  murid - murid yang bakal menduduki UPSR .