Sunday, February 9, 2020

Majlis Aku Janji

Majlis Aku Janji Bersama 
Ibu bapa Murid Tahun 6 2020 

Majlis Aku Janji
Tarikh : 07.02.2020 
Tempat : Bawah Makmal Komputer 

Matlamat 
Calon UPSR mempunyai matlamat yang tinggi dalam peperiksaan serta berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Objektif 
  • Pelajar memperolehi kejayaan dalam peperiksaan sesuai dengan matlamat sekolah .
  • Kesedaran perlunya persediaan daripada awal tahun untuk menghadapi peperiksaan.
  • Mempunyai motivasi tinggi untuk berusaha
  • Menyedari pentingnya keputusan peperiksaan bagi merebut peluang dalam bidang pelajaran






Sunday, January 19, 2020

Program Transisi Dan Guru Penyayang

Program Transisi dan Guru Penyayang 

Minda Cerdas Mata Bercahaya 

Program Transisi dan Guru Penyayang telah diadakan pada 17 Jan 2020 jam 0800 pagi. Progran ini merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah/tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun 1 yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan memulakan proses pembelajaran di Tahap 1 pada tahap pencapaian yang hampir sama.

 Antara matlamat Program Transisi ialah :

  • Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.
  • Menyediakan dan membantu murid - murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran guru - guru dan kawan - kawan baru dalam masa yang singkat 
  • Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah belajar 



Selamat Kembali ke Sekolah


Selamat datang diucapkan kepada murid - murid SK Kampung Baru 2020. Semoga tahun 2020 akan menjadi tahun yang penuh dengan kejayaan buat anak - anak murid SKKB.








Sunday, December 1, 2019

Majlis Akhir Tahun Pra Sekolah 2019



Majlis Perpisahan Pra sekolah Arif dan Bestari 2019 telah diadakan pada 20.11.2019. Majlis yang disambut secara sederhana tetapi meriah telah dihadiri para ibu bapa dan guru - guru. 











Majlis Perpisahan Puan Anah binti Bujang , Puan Mary ak David dan Puan Nor Azizah binti Hossen

Majlis Perpisahan Cikgu Anah, Cikgu Mary dan Ustazah Nor Azizah

Pada hari terakhir persekolahan, satu majlis perpisahan  telah di adakan bagi meraikan 3 orang guru yang bakal berpindah dan bersara. Selamat bersara Puan Anah binti Bujang dan selamat berpindah ke sekolah baru buat Puan Mary ak David dan Puan Nor Azizah binti Hossen. Semoga berjaya di tempat baru.










Tuesday, November 26, 2019

Majlis Khatamal Al - Quran & Anugerah Kecemerlangan 2019

Pengenalan

Hari Anugerah Cemerlang merupakan agenda tahunan Sekolah Kebangsaan iaitu bagi menghargai murid - murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.
Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolakh dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai salah satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di samping itu, Hari Anugerah Cemerlang, juga sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.

Matlamat
Memberi penghargaan kepada murid - murid cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan.


  • Memupuk emosi murid - murid agar berazam ingin maju, berlumba - lumba menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya.
  • Membantu membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat positif 
  • Mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri, individu yang berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran.
Rasional 
  • Menjadi motivasi kepada murid - murid supaya bersungguh dalam pelajaran.
  • Menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk cemerlang dan berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum di samping memilikki sahsiah terpuji .







Thursday, October 31, 2019

Kem Bina Insan


Program Pendidikan Berasaskan Komuniti ( Kem Bina Insan )

Tarikh Program : 30 Oktober 2019
Tempat : Masjid Darul Naim
Kumpulan Sasaran : Pelajar Tahun 6 SK Kampung Baru 

Objektif : 


  1.  Menanam sifat kepimpinan yang patut diteladani oleh murid - murid 
  2. Membina jati diri agar dapat membangunkan agama, bangsa & Negara 
  3. Melahirkan komuniti yang sihat 
  4. Mengimarahkan masjid 







1Murid 1Sukan




PENGENALAN

Nama Program : 1Murid 1Sukan 
Tarikh : 30 Oktober 2019 


MATLAMAT

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk,
2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2.2 Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

OBJEKTIF

Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani.
3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum.
3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.