Definisi Logo
Logo ini berteraskan satu bentuk GEOMETRI dengan berteraskan warna bendera Negeri Sarawak iaitu warna merah, hitam dan kuning. Disamping itu, logo ini juga diserikan dengan warna hijau dan putuh yang mempunyai makna tersendiri.
Warna Merah
Melambangkan keberanian, kegagahan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi sebarang cabaran atau rintangan.
Warna Kuning
Melambangkan warna diraja. Ini menunjukkan kita sentiasa meyanjung tinggi kedaulatan perlembagaan negara kita disamping kita mengaku taat setia di atas pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong seterusnya mewujudkan Intergrasi Nasional dalam negara kita.
Warna Hitam
Melambangkan perpaduan, persefahaman dan kata sepakat yang wujud antara semua guru dan murid sekolah ini.
Warna Hijau
Melambangkan agama islam yang menjadi agama rasmi negara kita. Warna hijau juga melambangkan kesegaran. Ini menunjukkan murid di sekolah ini sentiasa segar dan cergas dalam menghadapi pelajaran dan aktiviti - aktiviti laindi sekolah. Ia juga bermakna asas pendidikan berlandaskan islam.
Anak Tangga
(a) Ada enam anak tangga semuanya, walaupun satu anak tangga dilindungi oleh gambar buku. Lambang anak tangga ini adalah berteraskan rukun Iman yang keenam, yang menjadi nadi kepada para guru dalam mencurahkan ilmu kepada murid.Begitu juga murid, memanfaatkan rukun iman, rukun islam dan rukun negara semasa menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan.
(b) Anak tangga ini juga bermaksud era persekolahan bagi murid kerana ia bermula secara berperingkat iaitu dari peringkat bawah hingga ke tingkat yang lebih tinggi selagi mereka mampu
Padi
2 tangkai padi dengan 14 pasang buahnya melambangkan 13 negeri dalam Malaysia di bawah satu pentadbiran pusat yang mengamalkan demokrasi. Padi juga melambangkan makanan asasi masyarakat Malaysia iaitu beras.
Obor
Petunjuk, seandainya murid - murid belajar tanpa ada petunjuk yang meyinari ke arah yang lurus maka segala- galanya tiada berguna. Lambang ini juga melambangkan kejayaan dan murid di sekolah ini yang sentiasa menyanjung tinggi kedaulatan sukan dan sentiasa mahu bergerak maju ke dalam setiap bidang.
Buku
Ia bermaksud sumber ilmu yang utama ialah buku dan buku banyak memberi tekad dan harapan untuk maju. Kita juga meletakkan buku pada tahap tinggi yang setimpal dengan ilmu yang kita peroleh daripadanya.
Keseluruhan
Setelah semuanya digabungkan maka jadilah logo ini berasaskan kata - kata "CEKAL USAHA "
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق