Sunday, March 3, 2019

Penetapan Target UPSR dan Aku Janji UPSR 2019


Penetapan Target dan Aku Janji UPSR 2019 telah diadakan pada 1 Mac 2019 di bawah makmal komputer. Program ini dirancang untuk murid - murid yang akan menduduki UPSR. Program ini bertujuan untuk membantu murid menentukan matlamat mereka dalam peperiksaan. Kehadiran ibu bapa juga diharapkan dapat merapatkan jurang di antara ibu bapa dengan pihak sekolah serta memberi kesedaran akan hal - hal yang melibatkan tahap pencapaian akademik murid. 
Di akhir program diharapkan dapat :
  • Membuka minda mengenai tahap pencapaian murid  
  • Meningkatkan motivasi belajar dalam setiap murid.
  • Membantu murid mengenalpasti sasaran pencapaian dalam peperiksaan UPSR
  • Mengadakan kerjasama erat antara ibu bapa dengan pihak sekolah dalam usaha untuk meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid.
  • Membantu ibu bapa mendapatkan maklumat tentang prestasi anak masing - masing










No comments:

Post a Comment