Demi memenuhi tuntutan pendidikan yang semakin kompleks, penglibatan ibu - bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan perlulah diwujudkan secara terancang .Oleh itu, peranan PIBG amat diperlukan dalam usaha merealisikan kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam falsafah pendidikan negara.
- mewujudkan kesedaran tentang peranan PIBG kepada ibu bapa dan guru.
- Mewujudkan kesedaran tentang pemuafakatan PIBG dapat membantu ibu bapa
- Mewujudkan kesedaran tentang peranan PIBG dapat membantu kecemerlangan anak- anak dalam pendidikan
- membantu pihak sekolah mencapai matlamat dan kecemerlangan dalam bidang :
i) Pendidikan
ii) Ko - kurikulum
iii) Bina insan / moral
iv) Displin
v) Keceriaan Sekolah
vi) Keselamatan sekolah
Untuk Mencapai Objektif :
- Merancang aktiviti - aktiviti yang perlu ke arah mencapai objektif
- Melaksanakan aktiviti - aktiviti yang dirancang
Mesyuarat Agung PIBG SK Kampung Baru yang ke - 21