Tuesday, September 17, 2019

Sambutan Hari Malaysia 2019

Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih



Program sambutan bulan kebangsaan peringkat sekolah 2019 telah di adakan pada 12.09.2019. Tema sambutan Hari Malaysia pada tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.
Matlamat utama penganjuran aktiviti sempena sambutan bulan kebangsaan adalah bagi memupuk semangat sayangkan negara di kalangan murid - murid dan guru - guru. Selain daripada itu, dengan adanya pertandingan yang dianjurkan pihak sekolah, dapat mencungkil bakat terpendam murid - murid SK Kampung Baru secara menyeluruh.Guru - guru juga dapat mengenalpasti potensi murid - murid yang mampu mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
















Wednesday, September 4, 2019

Selamat Menduduki ujian UPSR 2019

UPSR 2019 



Majlis Solat Hajat UPSR & Restu Ilmu 2019

Majlis Solat Hajat UPSR dan Restu Ilmu 2019 

Nama Program : Majlis Solat Hajat UPSR dan Restu Ilmu 2019

Unit : Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling
Tarikh Pelaksanaan : 30 Ogos 2019
Tempat : Masjid Darul Naim & Makmal Komputer SKKB

Objektif :


  • Meningkatkan amalan ibadat solat dalam kalangan calon UPSR 2019
  • Membimbing para murid menjalani kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat 
  • Menghayati keberkatan solat hajat yang dilaksanakan secara berjemaah 
  • Membudayakan solat hajat sebagai pemangkin usaha dan kejayaan 
  • Memohon restu ibu bapa dan guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan paling berharga menghadapi peperiksaan UPSR 


Majlis dimulakan dengan solat hajat perdana dan bacaan doa. Majlis diikuti dengan bacaan surah Yassin dan Doa Takzirah Sentuhan Qalbu oleh Ustaz Syahir Muazzam Syah.














Selepas solat hajat perdana di Masjid Darul Naim, murid - murid bergerak ke Makmal SKKB untuk majlis Restu Ilmu bersama guru - guru.  Akhir kata dengan iringan doa, selamat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR kepada semua anak - anak SKKB. Semoga maju jaya!