Tuesday, September 17, 2019

Sambutan Hari Malaysia 2019

Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih



Program sambutan bulan kebangsaan peringkat sekolah 2019 telah di adakan pada 12.09.2019. Tema sambutan Hari Malaysia pada tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.
Matlamat utama penganjuran aktiviti sempena sambutan bulan kebangsaan adalah bagi memupuk semangat sayangkan negara di kalangan murid - murid dan guru - guru. Selain daripada itu, dengan adanya pertandingan yang dianjurkan pihak sekolah, dapat mencungkil bakat terpendam murid - murid SK Kampung Baru secara menyeluruh.Guru - guru juga dapat mengenalpasti potensi murid - murid yang mampu mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
















No comments:

Post a Comment