Hari Anugerah Cemerlang merupakan agenda tahunan Sekolah Kebangsaan iaitu bagi menghargai murid - murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.
Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolakh dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai salah satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di samping itu, Hari Anugerah Cemerlang, juga sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.
Matlamat
Memberi penghargaan kepada murid - murid cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan.
- Memupuk emosi murid - murid agar berazam ingin maju, berlumba - lumba menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya.
- Membantu membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat positif
- Mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri, individu yang berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran.
Rasional