الأربعاء، 10 يوليو 2019

Majlis Perpisahan Puan Noraida bt Arisma

Majlis Perpisahan Puan Noraida bt Arisma telah di adakan pada Jumaat, 5hb Julai 2019. Beliau akan berpindah ke kampung halaman beliau iaitu di Sebuyau. Selamat bertugas Puan Noraida di tempat baru. dan semoga berjaya diucapkan.




Ceramah Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Kota Samarahan

Pada 28 Jun 2019 yang lepas, satu ceramah kesihatan berkaitan dengan gigi telah diadakan.Ceramah telah dikendalikan oleh Dr Fabian Chew dari Klinik Kota Samarahan. Ceramah telah berlangsung selama 1 jam dan diikuti dengan demo berus gigi oleh staff nurse dan doktor dan berlangsung dengan jayanya.







Sambutan Hari Guru 2019



GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI 

Sambutan Hari Guru 2019 bertemakan Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi telah diadakan di Hotel Penview, Kuching. Sambutan yang bertemakan casual itu telah dihadiri guru - guru dan AKP sekolah.

Objektif hari guru adalah :

  • Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah antara guru 
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan ( termasuk perpaduan, dan intergrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat 
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan org ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.












Program Pemuafakatan Ibu Bapa bil 1 2019

Assalamualaikum...

Pada 24 June 2019 telah diadakan majlis pemuafakatan Ibu Bapa . Majlis diadakan di dewan terbuka jam 800 pagi. Terima kasih diucapkan di atas sokongan ibu bapa di dalam penglibatan program seperti ini, Kami di SKKB sentiasa memerlukan sokongan dan kerjasama dari pihak ibu bapa. Syabas ibu bapa semua.





الأحد، 16 يونيو 2019

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Selamat hari guru kepada semua warga guru SK Kampung Baru 2019, tahniah guru - guru semua kerana berjaya mendidik anak - anak murid menjadi insan cemerlang.

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi




Program Bersama Abang Bomba

Pada 23 April 2019, satu program telah diadakan iaitu Program Keselamatan Bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Program ini dikendalikan oleh En.Mohamad Ismail bin Zulkifli dari Jabatan Bomba Samarahan.







الأربعاء، 24 أبريل 2019

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Tahniah kepada yang cemerlang!!!Semoga sentiasa cemerlang dan lebih cemerlang di masa akan datang. Tahniah PK Hem, Cikgu Ramlee bin Hj Basuni, Cikgu Siti Sugiwati bt Amat dan Puan Noraida Arisma. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Rubiah Binti Hj Wang.