Program Bina Insan yang dianjurkan oleh Biro Perkhidmatan Pendidikan telah diadakan pada 12 Okt 2019 di Masjid Darul Naim. Guru Pengiring adalah Ustaz Syahir Muazzam dan aktiviti ini melibatkan pelajar - pelajar Tahun 6 SK Kampung Baru, Samarahan. Objektif program adalah untuk melahirkan insan yang berkeyakinan dalam membangun diri merangkum kepercayaan tentang nilai positif dan maruah yang boleh dibentuk sesuai dengan norma masyarakat.Justeru program ini dirancang untuk membantu murid - murid sasaran mengenal diri, penghargaan diri dan membina matlamat diri.
Sunday, October 20, 2019
ESTECC EDUCATION PROGRAM
Pendidikan ESTECC di sekolah merupakan satu daripada insiatif bagi menarik minat pelajar terhadap STEM ( Science, Technology, Egineering Mathematics). Ia juga berperanan sebagai platform pendedahan ilmu ke arah memilih aliran pendidikan serta kerjaya terutama dalam bidang sains dan teknologi. Insiatif ini adalah jalinan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM), NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan Agensi Kerajaan (agensi di bawah MESTECC dan di bawah kementerian lain. Sasaran peserta program pendidikan ESTECC di sekolah adalah melibatkan pelajar sekolah rendah di sekolah negara.
Tuesday, September 17, 2019
Sambutan Hari Malaysia 2019
Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih
Program sambutan bulan kebangsaan peringkat sekolah 2019 telah di adakan pada 12.09.2019. Tema sambutan Hari Malaysia pada tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.
Matlamat utama penganjuran aktiviti sempena sambutan bulan kebangsaan adalah bagi memupuk semangat sayangkan negara di kalangan murid - murid dan guru - guru. Selain daripada itu, dengan adanya pertandingan yang dianjurkan pihak sekolah, dapat mencungkil bakat terpendam murid - murid SK Kampung Baru secara menyeluruh.Guru - guru juga dapat mengenalpasti potensi murid - murid yang mampu mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
Wednesday, September 4, 2019
Majlis Solat Hajat UPSR & Restu Ilmu 2019
Majlis Solat Hajat UPSR dan Restu Ilmu 2019
Nama Program : Majlis Solat Hajat UPSR dan Restu Ilmu 2019
Unit : Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling
Tarikh Pelaksanaan : 30 Ogos 2019
Tempat : Masjid Darul Naim & Makmal Komputer SKKB
Objektif :
Majlis dimulakan dengan solat hajat perdana dan bacaan doa. Majlis diikuti dengan bacaan surah Yassin dan Doa Takzirah Sentuhan Qalbu oleh Ustaz Syahir Muazzam Syah.
Nama Program : Majlis Solat Hajat UPSR dan Restu Ilmu 2019
Unit : Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling
Tarikh Pelaksanaan : 30 Ogos 2019
Tempat : Masjid Darul Naim & Makmal Komputer SKKB
Objektif :
- Meningkatkan amalan ibadat solat dalam kalangan calon UPSR 2019
- Membimbing para murid menjalani kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat
- Menghayati keberkatan solat hajat yang dilaksanakan secara berjemaah
- Membudayakan solat hajat sebagai pemangkin usaha dan kejayaan
- Memohon restu ibu bapa dan guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan paling berharga menghadapi peperiksaan UPSR
Majlis dimulakan dengan solat hajat perdana dan bacaan doa. Majlis diikuti dengan bacaan surah Yassin dan Doa Takzirah Sentuhan Qalbu oleh Ustaz Syahir Muazzam Syah.
Selepas solat hajat perdana di Masjid Darul Naim, murid - murid bergerak ke Makmal SKKB untuk majlis Restu Ilmu bersama guru - guru. Akhir kata dengan iringan doa, selamat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR kepada semua anak - anak SKKB. Semoga maju jaya!
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
NAMA JAWATAN YAZIBAH BINTI DRAHMAN GURU BESAR BAKAR BIN BERAHIM PENOLONG KANAN RAMLEE BIN BASUNI PENOLONG KANAN HEM ...
-
Definisi Logo Logo ini berteraskan satu bentuk GEOMETRI dengan berteraskan warna bendera Negeri Sarawak iaitu warna merah, hitam d...























































