Monday, October 21, 2019

Program Pasca UPSR

Setiap tahun Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Tahun 6 sekolah telah merangka dan menjalankan aktiviti - aktiviti untuk murid - murid Tahun Enam. Aktiviti - aktiviti yang dikelolakan saban tahun adalah wadah bagi mengisi masa yang berfaedah untuk murid- murid selepas mereka menjalani UPSR.Setiap aktviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid yang menepati Falsafah Pendidikan Negara. Dua pengisian besar yang dimurnikan dalam program tersebut iaitu melibatkan Aktiviti Dalaman dan Aktiviti Luaran.

Buku Skrap 







Program Kesihatan Remaja oleh Dr 








HIP Tunnel 











Buku Skrap 




 Jahitan



Permainan 







Sunday, October 20, 2019

Program Bina Insan

Program Bina Insan yang dianjurkan oleh Biro Perkhidmatan Pendidikan telah diadakan pada 12 Okt 2019 di Masjid Darul Naim. Guru Pengiring adalah Ustaz Syahir Muazzam dan aktiviti ini melibatkan pelajar - pelajar Tahun 6 SK Kampung Baru, Samarahan. Objektif program adalah untuk melahirkan insan yang berkeyakinan dalam membangun diri merangkum kepercayaan tentang nilai positif dan maruah yang boleh dibentuk sesuai dengan norma masyarakat.Justeru program ini dirancang untuk membantu murid - murid sasaran mengenal diri, penghargaan diri dan membina matlamat diri.














ESTECC EDUCATION PROGRAM

Pendidikan ESTECC di sekolah merupakan satu daripada insiatif bagi menarik minat pelajar terhadap STEM ( Science, Technology, Egineering Mathematics). Ia juga berperanan sebagai platform pendedahan ilmu ke arah memilih aliran pendidikan serta kerjaya terutama dalam bidang sains dan teknologi. Insiatif ini adalah jalinan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM), NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan Agensi Kerajaan (agensi di bawah MESTECC dan di bawah kementerian lain. Sasaran peserta program pendidikan ESTECC di sekolah adalah melibatkan pelajar sekolah rendah di sekolah negara.












Tuesday, September 17, 2019

Sambutan Hari Malaysia 2019

Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih



Program sambutan bulan kebangsaan peringkat sekolah 2019 telah di adakan pada 12.09.2019. Tema sambutan Hari Malaysia pada tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.
Matlamat utama penganjuran aktiviti sempena sambutan bulan kebangsaan adalah bagi memupuk semangat sayangkan negara di kalangan murid - murid dan guru - guru. Selain daripada itu, dengan adanya pertandingan yang dianjurkan pihak sekolah, dapat mencungkil bakat terpendam murid - murid SK Kampung Baru secara menyeluruh.Guru - guru juga dapat mengenalpasti potensi murid - murid yang mampu mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.