Wednesday, February 26, 2020

PLC Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) Zon Samarahan PPD Samarahan Bil.1/2020


PLC Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) Zon Samarahan 
Tarikh : Selasa 
Tempat : Makmal Sains SK Kampung Baru, Samarahan 



Dunia pendidikan dalam Abad ke-21 sering menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan guru akan berperanan sebagai fasilitator untuk membantu murid-murid dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)  bagi mencapai standard pembelajaran yang digarisi.
Dalam mencapai usaha tersebut  satu konsep Komuniti Pembelajaran Profesional atau dikenali sebagai Professional Learning Community (PLC) mula diperkenalkan dan disebar luas ke sekolah-sekolah seluruh negara.  PLC merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai 2009 sebagai satu usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara ke arah melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta cintakan negara.
Program PLC merupakan satu pendekatan baru  dalam usaha memimpin pengurus sekolah dan guru-guru untuk melakukan satu perubahan dalam PdPc dengan matlamat meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah secara bersepadu.  PLC adalah merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik.
Kerjasama dan semangat kesukarelaan setiap guru-guru mewujudkan budaya pembelajaran melalui perlaksanakan PLC ini pasti membuahkan hasil yang baik  dan merealisasikan kualiti profesionalisme guru yang cemerlang.








Tuesday, February 25, 2020

Ceramah Kesihatan Yakult

Yakult 

Sejarah Yakult bermula apabila seorang doktor Jepun bernama Minoru Shirota menemui bakteria yang bernama Shirota. Dengan penemuan ini, doktor Shirota menjumpai cara untuk menambahkan bilangan bakteria baik di dalam usus manusia. Kajian demi kajian dilakukan, kini sebotol Yakult mengandungi 30 billion bakteria baik di dalamnya. Hebat kan?

5 fakta menarik tentang Yakult 

1. Satu botol kecil Yakult mengandungi lebih 30 bilion strain Shirota hidup!


2. Yakult ada dua jenis - Yakult Ace dan Yakult Ace Light!


3. Kilang Yakult mengeluarkan hampir 470,000 botol Yakult sehari!


4. Hanya Yakult di Malaysia mempunyai straw!


5. Kilang Yakult sedia menerima kunjungan orang ramai !








Kejohanan Olahraga MSSM dan MSSR Samarahan


Pada 10 - 14 Februari 2020 telah berlangsungnya Kejohanan  Olahraga Balapan dan Padang MSSM / MSSR Bahagian Samarahan 2020 kali yang ke -17 telah di adakan di stadium Unimas.
Kejohanan yang berlansung itu telah disertai pelajar - pelajar dari pelbagai sekolah termasuk SK Kampung Baru. Pelajar dari sekolah SK Kampung Baru telah memenangi pingat gangsa acara 4x200m yang mewakili zon Muara Tuang.











Monday, February 24, 2020

Program Kepimpinan Pengawas 2020 SK Kampung Baru


Program Kepimpinan Pengawas 2020
SK Kampung Baru 


Tarikh Pelaksanaan 
11 Februari 2020 & 14 Februari 2020

Tempat Pelaksanaan 
Makmal Komputer SK Kampung Baru, Samarahan 

Kumpulan Sasaran 
42 orang Pengawas SK Kampung Baru, Samarahan 

PENGENALAN 
Pengawas merupakan penolong kepada warga sekolah dalam operasi harian persekolahan. Barisan pengawas yang mempunyai ciri - ciri kepinpinan yang karismatik boleh membentuk persekitaran yang lebih baik, berdisplin dan bersistematik . Pihak pengurusan Unit Bimbingan dan kaunseling SK Kampung Baru dengan kerjasama Unit HEM dan Badan Displin Sekolah telah mengambil insiatif untuk menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Program Kem Pengawas yang memfokuskan kepada pengawas SK Kampung Baru , Samarahan sebagai persediaan bagi memikul tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan 

Matlamat 
Kem ini bermatlamat untuk melahirkan sifat kepimpinan dan membentuk pengawas yang berkertrampilan. Di samping itu, kem ini diharapkan dapat melatih pengawas agar sentiasa berkerjasama, menepati masa , lebih berkeyakinan dan mempunyai ketahanan fizikal dan mental apabila menghadapi cabaran dalam menjalankan tugas sebagai pengawas.

Objektif 
  • Membentuk sahsiah diri yang terpuji dan menerapkan sifat kepimpinan yang membolehkan mereka menjalankan tugas sebagai pemimpin murid.
  • Memperoleh kempimpinan interpersonal yang membantu mereka berkomunikasi dan berhubungan secara lebih berkesan dengan murid lain.
  • Melahirkan pengawas yang menepati masa dan berketerampilan supaya dapat menjadi contoh kepada para murid
  • Memperoleh ketahanan mental yang membantu mereka menghadapi cabaran dan dugaan semasa menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.
  • Membina semangat berpasukan dalam Lembaga Pengawas agar dapat berfungsi secara lebih efektif










Thursday, February 20, 2020

Jom Ke Sekolah

Majlis Pemuafakatan KPM & PDRM

Tarikh :20 Februari 2020
Tempat : Dewan Terbuka , SK Kampung Baru

Pengenalan
Program Jom Ke Sekolah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
berkolabrasi melalui Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dalam usaha menangani permasalahan displin dan salah laku murid . Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah.

OBJEKTIF 

  • Mewujudkan hubungan mesra dan kolabrasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS 
  • Mewujudkan mencegah salah laku displin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang -undang serta tidak bermoral samada di dalam atau di luar.






Tuesday, February 18, 2020

Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah


"Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama"

Tarikh : 19.02.2020
Tempat : Dewan Terbuka SK Kampung Baru , Samarahan
Jam : 0730 am - 0900 am

Nama Program
Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah
"Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama"

Matlamat :

  • Memperkenalkan murid - murid tentang gaya hidup yang sihat tanpa dadah
  •  Meningkatkan kesedaran untuk menjauhi dadah 
Objektif :

  • Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar dan masyarakat sekolah tentang bahaya dadah 
  • Membolehkan murid mengenalpasti ciri - ciri penagih  dadah dan kesannya terhadap diri, keluarga masyarakat dan Negara.
  • Memperkembangkan pengetahuan dan kefahaman supaya warga sekolah khususnya murid - murid dapat mengelakkan diri daripada pengambilan dadah 
  • Menyediakan alternatif kepada masyarakat sekolah untuk mengamalkan budaya serta gaya hidup sihat.










Sunday, February 9, 2020