Wednesday, February 26, 2020

PLC Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) Zon Samarahan PPD Samarahan Bil.1/2020


PLC Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) Zon Samarahan 
Tarikh : Selasa 
Tempat : Makmal Sains SK Kampung Baru, Samarahan 



Dunia pendidikan dalam Abad ke-21 sering menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan guru akan berperanan sebagai fasilitator untuk membantu murid-murid dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)  bagi mencapai standard pembelajaran yang digarisi.
Dalam mencapai usaha tersebut  satu konsep Komuniti Pembelajaran Profesional atau dikenali sebagai Professional Learning Community (PLC) mula diperkenalkan dan disebar luas ke sekolah-sekolah seluruh negara.  PLC merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai 2009 sebagai satu usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara ke arah melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta cintakan negara.
Program PLC merupakan satu pendekatan baru  dalam usaha memimpin pengurus sekolah dan guru-guru untuk melakukan satu perubahan dalam PdPc dengan matlamat meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah secara bersepadu.  PLC adalah merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik.
Kerjasama dan semangat kesukarelaan setiap guru-guru mewujudkan budaya pembelajaran melalui perlaksanakan PLC ini pasti membuahkan hasil yang baik  dan merealisasikan kualiti profesionalisme guru yang cemerlang.








No comments:

Post a Comment