Monday, February 24, 2020

Program Kepimpinan Pengawas 2020 SK Kampung Baru


Program Kepimpinan Pengawas 2020
SK Kampung Baru 


Tarikh Pelaksanaan 
11 Februari 2020 & 14 Februari 2020

Tempat Pelaksanaan 
Makmal Komputer SK Kampung Baru, Samarahan 

Kumpulan Sasaran 
42 orang Pengawas SK Kampung Baru, Samarahan 

PENGENALAN 
Pengawas merupakan penolong kepada warga sekolah dalam operasi harian persekolahan. Barisan pengawas yang mempunyai ciri - ciri kepinpinan yang karismatik boleh membentuk persekitaran yang lebih baik, berdisplin dan bersistematik . Pihak pengurusan Unit Bimbingan dan kaunseling SK Kampung Baru dengan kerjasama Unit HEM dan Badan Displin Sekolah telah mengambil insiatif untuk menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Program Kem Pengawas yang memfokuskan kepada pengawas SK Kampung Baru , Samarahan sebagai persediaan bagi memikul tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan 

Matlamat 
Kem ini bermatlamat untuk melahirkan sifat kepimpinan dan membentuk pengawas yang berkertrampilan. Di samping itu, kem ini diharapkan dapat melatih pengawas agar sentiasa berkerjasama, menepati masa , lebih berkeyakinan dan mempunyai ketahanan fizikal dan mental apabila menghadapi cabaran dalam menjalankan tugas sebagai pengawas.

Objektif 
  • Membentuk sahsiah diri yang terpuji dan menerapkan sifat kepimpinan yang membolehkan mereka menjalankan tugas sebagai pemimpin murid.
  • Memperoleh kempimpinan interpersonal yang membantu mereka berkomunikasi dan berhubungan secara lebih berkesan dengan murid lain.
  • Melahirkan pengawas yang menepati masa dan berketerampilan supaya dapat menjadi contoh kepada para murid
  • Memperoleh ketahanan mental yang membantu mereka menghadapi cabaran dan dugaan semasa menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.
  • Membina semangat berpasukan dalam Lembaga Pengawas agar dapat berfungsi secara lebih efektif










No comments:

Post a Comment